Thursday, April 4, 2013

Speaker Terengganu Serah Notis Pembubaran Kepada SPR Negeri



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada Khamis menyerahkan notis pembubaran DUN Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Terengganu.

Tengku Putera menyerahkan notis itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di Pejabat Yang DiPertua Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu,  pada pukul 9.20 pagi ini (4 April 2013).

"Penyerahan itu bagi membolehkan pilihan raya umum negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya kepada pemberita selepas penyerahan notis berkenaan.

Pembubaran DUN Terengganu diumum Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis di Sura, Dungun malam Rabu, selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 8 malam.

 Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen. Pada PRU 2008, Barisan Nasional Terengganu menang dengan majoriti dua pertiga. PAS hanya menang lapan kerusi DUN selain dua kerusi parlimen termasuk satu dimenangi pada pilihan raya kecil pada 17 Januari 2009.

No comments:

Post a Comment