Thursday, April 4, 2013

Terengganu Mahu Lahir 1,000 Penghafaz Al-Quran Setahun


Terengganu mahu melahirkan 1,000 penghafaz al-Quran setahun melalui penubuhan kelas al-Quran di peringkat Tadika hingga Sekolah Menengah dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini merupakan kesungguhan kerajaan negeri untuk membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan rakyat khususnya remaja.

Beliau berkata tahun ini dijangka 30,000 pelajar akan menyertai majlis khatam al-Quran di seluruh negeri. Beliau merasmikan tilawah peringkat negeri di Mini Stadium Kampung Raja malam semalam.

Seramai lima peserta memperdengarkan bacaan mereka malam kelmarin sementara 11 orang lagi malam tadi.

No comments:

Post a Comment