Wednesday, April 3, 2013

UMT Perkenalkan Geran Galak Ahli Akademiknya Jalankan Penyelidikan

Demi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memperkasa penyelidikan negara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan satu lagi insentif untuk ahli akademiknya menjalankan penyelidikan.

 Naib canselor UMT Professor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata dana penyelidikan secara menyeluruh ini dikenali sebagai Geran Galakan Penyelidikan (GGP) - diperkenalkan buat julung kalinya semalam.

"Kita telah mengagihkan sebanyak RM835,800...pada tahun ini melalui GGP ini bagi ahli akademik gunakan untuk penyelidikan fundamental.

"GGP ini sangat penting untuk memastikan setiap ahli akademik membina kepakaran dalam bidang masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran GGP di Kuala Terengganu.

Katanya, dalam masa jangka panjang, diharapkan hasil penyelidikan ahli akademiknya akan dapat menghasilkan produk-produk yang dapat dikomersialkan bersama industri di sekitar UMT untuk pertumbuhan ekonomi sekitar.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata Pelabuhan Pengajaran dan Penyelidikan yang akan diwujudkan untuk kemudahan pengajaran dan penyelidikan maritim dan sains marin akan diadakan di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir

No comments:

Post a Comment