Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengundi di Sekolah Mengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam. |
Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang.
"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi.
Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi. "Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.
Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment