Calon Parlimen Kuala Terengganu dari BN, Mohd Zubir Embong dan isteri membuang undi pagi ini. |
"Jika kita dapat mandat untuk lima tahun akan datang, Insya-Allah keadaan negara akan bertambah lebih baik dan menjurus kepada usaha mencapai wawasan negara," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali beratur untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Star, pagi ini |
Perdana Menteri berkata setakat ini beliau melihat kaedah baharu itu tidak menimbulkan sebarang kesulitan sekaligus yakin proses pengundian hari ini akan berjalan dengan lancar.
"Saya lihat PRU kali ini dengan kaedah baharu ini berjalan dengan begitu lancar, tidak timbul sebarang kesulitan termasuk penggunaan dakwat kekal.
Orang ramai beratur panjang untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Kota Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.Tiada Sebab Pertikai Proses Pilihan Raya. |
Najib juga yakin BN akan mendapat mandat yang besar kali ini dan seluruh rakyat Malaysia akan menerima keputusan yang dibuat hari ini.
"Saya percaya rakyat akan buat keputusan bijak, yang penting adalah tahap keyakinan masa depan negara kita dan kalau mereka (rakyat) buat penilaian, saya yakin berdasarkan pada kemampuan kita selama empat tahun ini, dasar transformasi nasional benar-benar dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata beliau.
No comments:
Post a Comment