Friday, May 24, 2013

90 Pemain Tempatan Sertai Kejohanan Golf Piala Sultan Terengganu

Seramai 90 pemain tempatan akan mengambil bahagian pada edisi ke-13 Kejohanan Golf Piala Sultan Terengganu di Kelab Golf Rekreasi Petronas di Kerteh, Kemaman, bermula hari ini.

Presiden Persatuan Golf Terengganu (PGT) Ahmad Zubir Azhari berkata pemain berkenaan mewakili 10 buah kelab golf di Terengganu yang bernaung di bawah PGT.

Juara kejohanan dua hari itu akan menerima hadiah wang tunai RM4,000 diikuti naib johan (RM3,000) dan RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga, katanya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zubir berkata PGT akan menganjurkan Kejohanan PGT Terengganu Masters bernilai RM200,000 pada Ogos ini.

Di samping kehadiran pemain tempatan, beliau berkata lebih 60 pemain luar negara dijangka menyertai kejohanan tersebut. Menurutnya pemain asing dijangka dari Korea Selatan, Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, England, Australia dan India.

No comments:

Post a Comment