Thursday, May 23, 2013

Adam Adli Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Hasutan

Adam Adli Abdul Halim (tengah) diiringi dua anggota polis ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini. Beliau menghadapi tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei lalu.
Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1). Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.

Adam Adli diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas.

No comments:

Post a Comment