|
Bekas peguam, N Pathmanabhan bersama pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan dan R. Matan dibawa keluar oleh anggota polis selepas keputusan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam. |
|
Peguam N Pathmanabhan dan tiga bekas pekerja ladang dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, pagi ini, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
|
Anggota polis membawa (dari kiri) R Matan, T Thilaiyalagan dan N Pathmanabhan bagi mendengar keputusan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. |
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
No comments:
Post a Comment