Monday, May 13, 2013

Ahad Hari Terakhir Bersihkan Bahan Kempen PRU13

Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu membersihkan semua jenis bahan kempen mereka selewat-lewatnya Ahad ini.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya bahan kempen itu tidak dibersihkan, wang deposit bahan kempen iaitu RM5,000 bagi calon parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri, tidak akan dipulangkan.

"Saya berharap parti politik atau calon yang bertanding mengambil tanggung jawab membersihkan bahan kempen masing-masing selewat-lewatnya 14 hari selepas hari mengundi,” katanya semalam.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO dan anggota Barisan Nasional (BN) yang lain kini giat menjalankan kerja pembersihan bahan kempen.

"Kerja menurunkan bahan kempen berjalan lancar, kami telah minta bahagian Umno di seluruh negara menyelesaikan kerja itu sebelum Ahad ini. Kami harap semua selesai nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment