Owana (kanan) dilayangkan kad merah. |
"Akibat sikap buruk yang mereka tunjukkan itu, peluang yang sudah di depan mata habis musnah begitu sahaja sebab tidak genggam erat.
"Kita sudah mendahului 4-0 dan ia bukan senang kerana Terengganu sebelum ini tak pernah mendahului sebegitu banyak.
Malah saya dah turun ke padang untuk sambut kemenangan tetapi berlaku begitu pula," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Kuala Terengganu, semalam.
Keselesaan Terengganu selepas mendahului 4-0 pada perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu tidak membawa sebarang makna buat anak didik E.Elavarasan kerana kelebihan itu tidak dipergunakan sepenuhnya untuk terus mengawal permainan.
Ia berpunca dua kad merah yang dilayangkan pengadil kepada penyerangnya, Effa Owona dan Abdul Manaf Mamat yang bertindak membantah keputusan dan mengikut perasaan ketika perlawanan semakin hampir untuk ditamatkan hingga memberi kesempatan kepada lawan menyumbat gol sekali gus mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan.
Dua pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme meranapkan impian Terengganu untuk melangkah ke final Piala FA musim ini apabila menjaringkan dua gol pada aksi yang penuh dramatik sepanjang 120 minit perlawanan.
Dua gol penting jaringan juara bertahan Piala FA pada perlawanan tersebut membolehkan mereka mara ke pentas akhir dengan agregat 6-5 meskipun tewas 2-4 kepada Terengganu.
Pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, Kota Bharu, pasukan 'Peteh Ganu Peteh' telah ditundukkan 1-4 oleh tuan rumah.
Bagaimanapun Ahmad Said memuji semangat juang ditunjukkan pemain Terengganu yang mampu membuat kebangkitan drastik dan turut menyifatkan mutu pengadilan yang lemah ditunjukkan harus diperbaiki demi kebaikan bola sepak tempatan.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berpendirian tindakan pemain Terengganu yang tidak akur dengan keputusan pengadil itu sudah merugikan pasukan.
"Sebagai pemain, mereka hendaklah bersikap profesional dan perlu akur dengan keputusan walaupun mereka tidak merasa bersalah daripada merugikan pasukan... sekarang tengok apa sudah terjadi!," katanya.
Malah beliau menyifatkan terdapat 'tangan ghaib' yang meragut kejayaan Terengganu hingga menyebabkan ketidakpuasan hati para penyokong yang menilai dan merasakan sendiri mutu pengadilan yang dilihat lemah itu.
No comments:
Post a Comment