Thursday, May 30, 2013

Rombakan Kecil Portfolio Exco Terengganu Diumum Dalam Masa Terdekat

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan rombakan kecil portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri itu dalam tempoh terdekat.

Beliau yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum dipersembah untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Memang ada rombakan seperti saya maklum dulu, tetapi saya akan umum selepas keberangkatan pulang Sultan Terengganu ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.

Pada 20 Mei lalu, Said Ahmad mengumumkan kerajaan negeri itu bakal melakukan rombakan kecil melibatkan Exco bagi membolehkan portfolio yang diwujudkan seiring dengan penubuhan kementerian serta Kabinet yang baru ditubuhkan Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment