Sunday, May 5, 2013

Anwar Tiada Niat Balas Dendam Terhadap Dr M





Calon perdana menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada niat untuk membalas dendam terhadap bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad atau menjalankan penyiasatan terhadapnya jika Pakatan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 esok.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kubang Semang semalam, Anwar bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna bahawa kekayaan Petronas akan terus kekal menjadi monopoli kroninya.

Sebaliknya, kata beliau kekayaan tersebut mesti dikembalikan kepada rakyat.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan akan mengikuti proses undang-undang dalam melaksanakan keadilan.

Dalam taklimat media, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak yang menjanjikan peralihan kuasa yang lancar.

Mengenai kedudukannya sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan memerintah selepas PRU13 esok, Anwar berkata "ia akan diputuskan secara konsensus".

 Mengenai jawatan timbalan perdana menteri (TPM), Anwar berkata ia juga telah dipersetujui melalui konsensus umum tetapi tiada pengumuman dibuat mengenainya.

Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu perhimpunan raksasa di Esplanade malam tadi bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi TPM 1 dan pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang sebagai TPM 2.

No comments:

Post a Comment