Saturday, May 18, 2013

Bank Muamalat Catat Untung Sebelum Cukai RM200 Juta, Buka Cawangaan di Kemamaan

Bank Muamalat Malaysia Berhad merancang untuk membuka empat lagi cawangan baharu pada tahun ini iaitu di Kemaman, Terengganu dan Muar, Johor, manakala lokasi dua lagi cawangan masih belum ditentukan.

"Lokasi dua lagi cawangan baharu masih belum ditentukan, namun kemungkinan akan dibuka di Sabah dan Sarawak berikutan sambutan yang mengalakkan daripada pengguna di sana."

"Setakat ini, kita telah pun mempunyai tiga cawangan bank di Sabah, dan lima di Sarawak," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Beliau berkata demikian di Kota Tinggi smalm  selepas majlis perasmian cawangan baru Bank Muamalat Kota Tinggi yang dirasmikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

Cawangan BMMB Kota tinggi merupakan cawangan ke-59 syarikat perbankan Islam itu di seluruh Malaysia dan merupakan yang ke-lapan di Johor.

Sejak dibuka pada 26 Mac lalu, cawangan Bank Muamalat Kota Tinggi telah memperoleh 170 akaun deposit yang berjumlah RM700,000 dan pembiayaan 130 peratus.

Menurutnya, Bank Muamalat juga merancang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan Ar-Rahnu di setiap cawangannya di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang kerana ia antara perkhidmatan bank itu yang mendapat sambutan di kalangan pelanggan.

Katanya, setakat ini perkhidmatan pajak gadai Islam itu hanya boleh didapati di 10 cawangan bank tersebut, iaitu antaranya di cawangan Bank Muamalat Kampung Raja, Jertih, Terengganu, Kuantan, Pahang; Johor Baharu, Johor; Klang dan Batu Caves Selangor serta Tawau, Sabah.

Bank berkenaan mencatat keuntungan sebelum cukai kira-kira RM200 juta bagi tempoh 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.

Keuntungan itu mencatatkan peningkatan berbanding hanya RM123.5 juta yang diperoleh pada tahun kewangan sebelumnya.

"Kita jangka perolehan keuntungan selama 12 bulan diperoleh akan menjangkau RM200 juta berikutan pertumbuhan prestasi yang baik dan ia kini dalam proses audit dan pengesahan," katanya.



Bagaimana pun, pihaknya menjangkakan keutungan sebelum cukai yang diperoleh oleh bank ini pada tahun ini akan sedikit menyusut berikutan langkah pihaknya untuk memberi lebih perhatian terhadap kualiti aset selain pertumbuhan pengguna yang dijangka lebih rendah.

 Dalam perkembangan lain, Bank Muamalat

No comments:

Post a Comment