Thursday, May 9, 2013

Bendera Parti Hendaklah Diturunkan Dalam Tempoh 14 Hari

Parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diingatkan supaya menanggalkan segala bendera atau poster parti masing-masing.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Samiun Salleh berkata semua parti terlibat hendaklah menurunkan bendera atau poster dalam tempoh 14 hari selepas pilihan raya.

"Jika mereka tidak menanggalkan segala poster atau bendera dalam tempoh 14 hari, MBKT sendiri akan menanggalkannya dan wang deposit calon yang tidak menanggalkan bendera atau poster parti mereka akan hangus," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Wang deposit calon kerusi dewan undangan negeri ialah RM3,000 manakala bagi calon Parlimen ialah RM5,000.

Tinjauan yang dibuat di sekitar bandar raya ini mendapati masih banyak bendera dan poster parti-parti yang bertanding tidak diturunkan

No comments:

Post a Comment