Kumpulan pengundi muda berusia bawah 25 tahun yang digelar 'orang pandai baru' terutama lepasan universiti dikenal pasti golongan paling kuat menentang dasar kerajaan dan menyokong pembangkang.
Walaupun jumlah mereka tidak ramai, sikap suka menonjolkan diri dan lantang, membuatkan kumpulan itu kelihatan dominan terutama di kawasan bandar berbanding pengundi muda prokerajaan yang banyak mendiamkan diri atau ‘majoriti senyap’.
“
Orang muda bersikap idealistik, mudah terpukau dengan alam fantasi (manifesto) dilukis pembangkang,” Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara.
“Ramai mengatakan majoriti pengundi muda menyokong pembangkang dan itu tidak tepat.
Barisan Nasional (BN) masih boleh menang kerusi Parlimen dan merampas Kedah.
“Jika pengundi muda tak sokong BN, sudah tentu mereka kalah. Sepanjang kempen, ramai anak muda menjalankan kerja parti, itu cukup ketara terutama di Kedah dan Kelantan,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu pengundi baru dan muda, semalam.
Bagaimanapun, beliau akui wujud ‘trend’ dalam kalangan pengundi muda kaum Cina yang kuat menyokong pembangkang dan lantang bersuara kerana terpengaruh pelbagai sentimen serta janji manis mereka.
Dr Mohamed berkata, golongan lepasan universiti yang baru memulakan kehidupan termasuk baru bekerja cukup tertarik dengan janji manis pembangkang berbanding yang berusia 30 hingga 40 tahun yang kukuh kedudukan ekonomi serta sosial.
“Orang muda bersikap idealistik, mudah terpukau dengan alam fantasi (manifesto) dilukis pembangkang,” katanya.
Berdasarkan pemerhatiannya, pembangkang memanipulasi isu dalam menyediakan manifesto mengikut sasaran had umur bagi memudahkan mereka ‘membeli’ jiwa rakyat.
Sebagai contoh, kumpulan bawah 25 tahun disogok isu pendidikan percuma termasuk menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala kumpulan berusia bawah 40 tahun ditakutkan dengan isu kronisme dan rasuah.
No comments:
Post a Comment