Monday, May 27, 2013
BN Perlu Sesuaikan Diri Dengan Perubahan Jika Mahu Terus Relevan
Beliau berkata landskap politik akan terus menjalani perubahan ketara disebabkan beberapa faktor.
"Antara elemen-elemen yang akan melahirkan perubahan adalah urabanisasi, standard hidup yang lebih baik dan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi.
"Tidak ada yang tetap. Sama ada ia cepat atau tidak, perubahan akan berlaku," kata Najib pada majlis kesyukuran bersama ahli-ahli jentera pilihan raya BN di Pekan semalam.
Beliau berkata itulah sebabnya parti terpaksa menyesuaikan strategi dan perubahan dengan zamannya
"Kita tidak boleh menganggap apa yang kita gunakan sebelum ini akan menjadi resipi yang sesuai untuk masa depan. Kita mesti terbuka, menjadi pragmatik dan tidak dogmatik, menyelesaikan masalah dan bukan menafikannya.
Hanya jika kita bertindak dengan cara ini, BN akan terus menjadi relevan," kata Najib.
Najib berkata dalam setiap pilihan raya, parti pemerintah akan menghadapi cabaran yang lebih sukar.
"Hakikatnya, walaupun kita memegang kuasa sekarang tidak bermakna ia adalah pasport untuk kemenangan kita selama-lamanya," kata beliau.
No comments:
Post a Comment