Friday, May 3, 2013

Dua Penyokong Parti Cedera Diserang Pihak Lawan Di Dungun


Dua orang penyokong sebuah parti cedera diserang sekumpulan penyokong parti lawan di Kampung Pulau Serai di Dungun Isnin lalu.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai tercetus akibat rasa tidak puas hati terhadap kedua-duanya yang memasang bendera di situ.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kira-kira 10 lelaki tersebut bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mangsa sehingga cedera di kepala dan badan.

"Namun kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun," katanya kepada Bernama. Koh berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek.

No comments:

Post a Comment