Rakyat di Terengganu yang berasakan dirinya diancam untuk keluar mengundi hari ini diminta menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Terengganu Supt Koh Ah Tiam juga berkata polis telah memperhebatkan kawalan di kawasan yang dianggap panas bagi mengekang insiden tidak diingini.
Orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk menunaikan tanggungjawab mereka esok kerana polis sentiasa memantau, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya polis Terengganu juga mengingatkan pihak berkenaan agar tidak melakukan kekecohan jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.
Sebanyak 4,000 pegawai dan anggota polis kontinjen Terengganu akan bertugas mengawal keselamatan sepanjang hari esok, katanya.
No comments:
Post a Comment