Wednesday, May 15, 2013

Idris Jusoh Menteri Pelajaran & pengajianm Tinggi II


Datuk Seri Idris Jusoh, 58, yang banyak terlibat dalam pembangunan pendidikan dan pembangunan Islam di Terengganu, hari ini dilantik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II.

Anggota Parlimen Besut itu, yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan selama sepenggal pada 1995, turut memainkan peranan dalam memantapkan pembangunan Islam di Terengganu. 
Beliau memperkenal Sekolah IMTIAZ, Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Pintar Quran serta pelbagai inisiatif dalam pendidikan di Terengganu, khasnya sekitar Besut dan Setiu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu dari 2004 hingga 2008, memiliki Ijazah Sarjana MBA University of New Haven, Amerika Syarikat (1988) dan Ijazah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia pada 1980.

Anak kelahiran Kampung Tok Has Jertih itu juga merupakan orang yang memainkan peranan besar dalam menaikkan semangat 'gelombang biru' sehingga berjaya menumbang kerajaan negeri Pas di Terengganu pada pilihan raya umum 2004 dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi.

No comments:

Post a Comment