Wednesday, May 15, 2013

Che Ku Marzuki Ganti Butler Latih Skuad T-Team

Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan T-Team daripada Peter James Butler mulai hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu, Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata Chu Ku Marzuki, selaku penolong jurulatih, akan menggantikan Butler yang mungkin kontrak bersama T-Team ditamatkan.

"Kami telah berbincang bersama Butler dan telah mencapai kata putus mengenai perkara itu hari ini," katanya.

Sekanther berkata beliau berharap kemelut dalam pasukan T-Team akan berakhir dengan perkembangan terbaru ini.

Selepas 17 perlawanan, pasukan T-Team kini menduduki tangga dua tercorot dalam saingan Liga Super dengan mengumpul 12 mata selepas mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan kalah 11 perlawanan.

No comments:

Post a Comment