Friday, May 31, 2013

Jangan Naikkan Harga Barang Basah

Hassan (tengah) menunjukkan tanda bagus ketika melawat gerai Kosmo! di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan, Saripuddin (kiri) dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin (dua dari kiri).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang-barang basah secara sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut untuk memperhalusi masalah itu termasuk pendekatan penguatkuasaan.

"Kita dah buat satu pendekatan bagi mengkaji semula perkara ini untuk ditangani dengan berkesan agar tidak membebankan pengguna.

"Bagaimanapun, sekiranya, para peniaga masih berdegil dan ingin memikirkan tentang keuntungan mereka sahaja. Kami boleh berunding dengan Kementerian Pertanian mengimport (barang basah) daripada luar negara," katanya.

Sementara itu,  KPDNKK akan memperkasakan `Skuad Pengguna’ yang berperanan sebagai mata dan teliga kerajaan bagi membantu memantau harga barang dan perkhidmatan di pasaran.

Sehingga kini terdapat lebih 130,000 ahli skuad pengguna di seluruh Malaysia yang turut menikmati insentif potongan harga daripada rakan dagang yang menyertai program ini.

Hasan berkata pihaknya juga akan menambah lagi bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di mana pengguna boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pula pada harga RM4.

Katanya, melalui kuasa yang ada pada pengguna, mereka boleh mecorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

“Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewengan dan penindasan oleh peniaga, tidak berlaku sewenang-wenangnya, “ katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bulan Pengguna Kebangsaan 2003, di Perkarangan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Mat Hanipah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Roslee Daud..

Hasan turut memberitahu, menjadi komitmen kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan dan mekanisme perlindungan pengguna tetapi pengguna tidak boleh mengharapkan perlindungan, permantauan dan penguatkuasaan daripada kerajaan semata-mata.

“Sehubungan itu, kementerian akan terus memberi komitmen untuk mewujudkan masyarakat penggunan yang berinformasi serta mempunyai semangat sukarelawan tinggi. “Sempena sambutan bulan pengguna, pihak kami telah melaksanakan.

Kosmo & Teganukita

No comments:

Post a Comment