Friday, May 31, 2013

Sultan Bukan Punca Kelewatan Pelantikan Exco Selangor


Kelewatan pelantikkan Exco Kerajaan Negeri Selangor bukan disebabkan proses untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani.

Menurutnya, selepas upacara pelantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 14 Mei lalu, Sultan Selangor juga menitahkan supaya mengemukakan senarai Exco bagi mendapat pekenan baginda. 

Beliau juga berkata, Abdul Khalid telah berjanji akan menyerahkan senarai nama dalam tempoh seminggu setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga parti perikatan kerajaan negeri itu.

“Adalah saya dititah oleh baginda untuk memberikan penjelasan kenapa berlaku kelewatan dalam melantik Exco negeri ini.

“Pada 20 Mei, baginda telah terima surat mengandungi senarai nama-nama calon Exco daripada Menteri Besar semasa Abdul Khalid membuat rawatan di luar negara.

“Abdul Khalid hanya mengadap baginda bagi mendapat pekenan pada 27 Mei selepas beliau kembali ke tanah air,” katanya.

Difahamkan sebelum ini terdapat seorang Ahli Parlimen di Negeri Selangor mendakwa kelewatan pelantikan Exco disebakan untuk memenuhi kehendak Sultan selanor.

Justeru, Mohamad Munir menegaskan supaya semua media tidak melibatkan pihak istana sebelum membuat siasatan terhadap sesuatu perkara.

“Di sini saya ingin mendapat kerjasama dari penulis-penulis laman sesawang dan blog supaya tidak mengheret pihak istana, terutamanya Sultan Selangor dalam apa jua perkara tanpa siasatan terlabih dahulu bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap baginda khasnya dan pihak istana,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment