Tuesday, May 28, 2013

Kontraktor Cemerlang Pasti Diberikan 'Ganjaran' - Fadillah Yusof


Kementerian Kerja Raya akan memberi lebih banyak peluang kepada kontraktor yang berjaya melaksanakan projek mereka dengan cemerlang untuk melaksanakan kontrak kerajaan pada masa akan datang.

Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata perkara itu adalah sebagai ganjaran kepada kontraktor terbabit yang bukan sahaja perlu menyiapkan projek mengikut jadual tetapi juga menepati semua aspek perjanjian termasuk kualiti.

Jika mereka cemerlang kerajaan tiada alasan untuk menolak bidaan mereka bagi mendapat kontrak lain, katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.



Fadillah juga berkata kementerian itu akan mengambil pendekatan berlainan dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira pelbagai faktor memandangkan keadaan di kedua-dua negeri terbabit berbeza dengan Semenanjung.

Pada lawatannya Isnin, beliau turut meninjau projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 sepanjang 184 kilometer dari Jabor di Kemaman ke Kampung Gemuruh di utara Terengganu yang dijangka siap pada hujung tahun depan.

Menurutnya projek yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos RM3.7 bilion itu diyakini dapat disiapkan mengikut jadual.

No comments:

Post a Comment