Thursday, May 2, 2013

Najib Rasmi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai aturcara padat sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, sempat meluangkan masa untuk merasmikan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia di Seberang Takir di Kuala Terengganu, semalam.

Pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pusat Rehabilitasi 1Malaysia itu mula beroperasi bulan lepas bagi memberi kemudahan penduduk Seberang Takir dan sekitarnya mendapat rawatan pelbagai penyakit kronik tanpa perlu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pusat Rehabilitasi itu merupakan yang pertama di Semenanjung bernilai RM1 juta dan beroperasi lima hari seminggu di Bangunan Penyelaras Umno di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Di pusat berkenaan, seramai 80 pesakit yang kebanyakannya penghidap angin ahmar, jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi menerima rawatan percuma daripada doktor pakar dari HSNZ.

No comments:

Post a Comment