Thursday, May 30, 2013

Pendapatan Suku Pertama FGV Naik 56 Peratus Kepada RM2.7 Bilion

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), syarikat perladangan sawit ketiga terbesar dunia mencatatkan kenaikan pendapatan 55.9 peratus kepada RM2.68 bilion bagi suku pertamanya yang berakhir pada 31 Mac, 2013.

Keuntungan sebelum zakat dan percukaiannya bagi suku tersebut turun 22.2 peratus kepada RM218.51 juta daripada RM280.81 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan bersih susut 25.2 peratus kepada RM167.06 juta daripada RM223.21 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya, kata FGV dalam satu kenyataan semalam.

Syarikat itu berkata penurunan keuntungan itu mencerminkan terutamanya kesan daripada harga minyak sawit mentah (MSM) rendah yang direalisasikan oleh kumpulan iaitu pada RM2,264 setan metrik berbanding RM3,205 setan metrik pada 2012.

Harga MSM Malaysia diniagakan sekitar RM2,315 setan metrik sejak Disember 2012 berbanding purata RM3,190 setan metrik tahun lepas yang diburukkan oleh pengurangan pembelian produk sawit serta pegangan inventori tinggi di negara-negara yang menggunakan minyak makan seperti India dan China, kata syarikat itu.

Presiden FGV Group Datuk Sabri Ahmad berkata sejajar dengan syarikat perladangan lain, bahagian perladangan FGV juga turut menerima kesannya.

"Bagaimanapun, sebagai sebuah organisasi bersepadu, FGV mempunyai keanjalan menggunakan bahan mentah lebih murah dalam kilang penapis bagi mengimbangi kesan pengurangan harga dan pada masa yang sama bersaing dengan pengeluar minyak makan lain," katanya.

Beliau berkata industri minyak sawit menjangkakan pembetulan harga pada pertengahan tahun ini terutamanya semasa bulan Ramadan akan datang apabila permintaan meningkat.

Sabri berkata penurunan keuntungan itu berbanding dengan suku yang sama sebelumnya juga disebabkan faktor-faktor lain termasuk perubahan nilai saksama tinggi dalam liabiliti perjanjian pajakan tanah pada RM54.60 juta dan peruntukan bagi susut nilai yang berjumlah RM13.66 juta berkaitan dengan entiti dikawal bersama.

Beliau berkata keputusan kerajaan melancarkan program biodiesel B10 dalam usahanya untuk menstabilkan harga MSM juga tepat pada masa.

"Dengan mengambil peluang ini, FGV memeterai perjanjian untuk membeli kilang penapis biodiesel yang terletak di Kuantan, Pahang dan menjangka kilang itu beroperasi sepenuhnya menjelang 2013.

Dengan model perniagaan bersepadu berdaya tahan kami dan perniagaan baharu yang dibangunkan beberapa tahun ini serta asas aset kukuh, kami yakin bahawa kami akan berjaya mengatasi keadaan sukar, dan tanpa mengambil kira keadaan yang ti - BERNAMA

No comments:

Post a Comment