Sunday, May 5, 2013

Pilih Kerajaan Yang Punya Keupayaan Tunaikan Janji - Ahmad Said

 

Rakyat Terengganu perlu memilih kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk menunaikan janji dan memberi lebih daripada apa yang dijanjikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berjata, hanya Barisan Nasional (BN) yang mengambarkan kemampuan serta komitmen  mendahulukan kepentingan rakyat.

Kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama BN dan rakyat Terengganu amat bertuah.

"Jangan ditolak tuah ini demi masa depan anak cucu kita. Kesinambungan amat perlu kerana perjuangan membawa kemakmuran belum selesai. Barisan Nasional komited untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan akan menepati segala janji agar Terengganu makmur dan rakyat sejahtera," katanya.

Beliau menyatakan demikian melalui laman  Facebooknya semalam.

Pengerusi BN itu berkata, masanya sudah tiba untuk rakyat Terengganu menentukan hala tuju masa depan negeri yang tercinta lagi bertuah ini.

"Bagi rakyat Terengganu yang bakal mengundi, inilah masanya merenung sejarah yang silam dan menilai pencapaian semasa serta melihat kehadapan keupayaan kerajaan yang memerintah sama ada telah berjaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan sepanjang tempoh mandat yang telah diberikan," katanya.

Berikutan itu dengan rasa rendah hati, beliau  menyeru rakyat untuk memberi mandat kepada BN untuk meneruskan perjuangan  Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.


No comments:

Post a Comment