Thursday, May 9, 2013

Polis Terengganu Buka 53 Kertas Siasatan Berkaitan PRU13


Polis Terengganu membuka sebanyak 53 kertas berhubung pelbagai kesalahan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri ini sejak hari penamaan calon, 20 April lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata kesemua kes yang disiasat adalah berkaitan kes khianat, keganasan penyokong parti, edaran bahan lucah, merusuh serta mengadakan ceramah tanpa permit. Katanya, tujuh individu yang ditahan, masing-masing dua di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan seorang di Besut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.

"Kini sebanyak 30 kes masih dalam siasatan dan 16 kes telah ditutup dan kita akan menyelesaikan kesemua kes terbabit dalam masa terdekat.

"Antara daerah yang paling tinggi mencatatkan insiden kekecohan ialah di Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Marang dan Kemanan," katanya pada sidang media di  Kuala Terengganu, semalam.

Jamshah berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat berbaur perkauman dan fitnah di media sosial atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

No comments:

Post a Comment