Friday, May 31, 2013

Polis Terengganu Rakam Keterangan 10 Individu Terbabit Himpunan



Polis Terengganu telah memanggil dan merekodkan keterangan 10 individu yang terbabit dalam perhimpunan di Kuala Ibai, di sini Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata mereka termasuk individu yang dipercayai penganjur perhimpunan itu. Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya semalam.

Menurutnya polis akan menyerahkan laporan siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan itu lengkap untuk tindakan lanjut.

Khamis lalu, ribuan orang ramai dengan majoritinya golongan muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai bagi menyertai perhimpunan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin pembangkang termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

No comments:

Post a Comment