Tuesday, May 14, 2013

Rosak 90 Bendera BN, Pemandu Teksi Didenda RM1,000


Seorang pemandu teksi didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, semalam selepas mengaku bersalah merosakkan 90 bendera Barisan Nasional (BN) bulan lepas.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman turut memerintahkan Mohd Yusri Yahaya, 33, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mohd Yusri menjelaskan denda itu.

 Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Ayuni sempat menasihati tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya kerana walaupun perkara sebegini dilihat sebagai perkara yang mudah "tetapi akibatnya sampai masuk ke mahkamah".

"Harap jadikan perkara ini sebagai pengajaran, insaf dan tidak buat lagi," katanya.

 Mohd Yusri didakwa melakukan khianat dengan mematah dan mencampakkan 90 helai bendera BN yang berada di bawah kawalan Ketua Umno Cawangan Sri Merpati, A.Rahim Md Deris, 60, dengan anggaran kerugian RM500 di tepi jalan Pandan Indah, berhadapan Masjid Indah, Ampang Jaya pada jam 4 petang, 9 April lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu (A.Rahim) sedang memasang bendera di tepi jalan Pandan Indah berhadapan Flat Sri Merpati, beliau nampak tertuduh sedang merosakkan 90 helai bendera BN yang dipasangkan di kawasan tersebut.

 Beliau kemudiannya menghampiri tertuduh bagi menghalangnya daripada meneruskan perbuatan itu tetapi tertuduh terus memasuki teksinya dan beredar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.

1 comment:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete