Mohamad Fauzi bersalaman dengan Raja Bahrin yang dilantik sebagai ikon pejuang R, di Batu Burok, di Kuala Terengganu. |
Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, pihaknya juga akan terus mendesak Kerajaan Negeri yang akan dibentuk dalam sedikit masa lagi ‘kembali ke pangkal jalan’ dalam memperjuangkan isu royalti.
“Dalam isu Blok PM 307 Bertam juga, Sekretariat R amat berharap kepimpinan yang akan dibentuk terus bertegas mempertahan dan memperjuangkan hak kita,” katanya.
Beliau berkata demikian sebelum berlangsung mesyuarat Sekretariat Royalti Terengganu di kediaman Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah, di Batu Burok, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Jelasnya, dengan kemenangan barisan kepimpinan yang sama, pihaknya juga terpaksa meneruskan perjuangan untuk menuntut hak royalti yang sepatutnya diterima kerajaan negeri.
Kerangka perjuangan baru juga akan disusun dalam tempoh terdekat dengan satu ‘brainstorm’ iaitu perjalanan lima tahun akan dibuat bagi memastikan rakyat faham serta jelas dengan isu berkaitan royalti.
“Perjuangan kami baru bermula. Kami beriltizam untuk meneruskan perjuangan mengembalikan royalti rakyat ini sehingga kami mencapai kejayaan, tidak kiralah berapa lama masa yang akan diambil,” katanya.
Sementara itu, R turut melantik Timbalan Pengerusi III Sekretariat R, Raja Bahrin sebagai ikon pejuang R untuk memperjuangkan isu-isu royalti di peringkat Parlimen.
Raja Bahrin ketika mengulas perkara itu memberitahu akan menggunakan saluran bagi memperjuangkan isu tersebut, termasuk meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut terlibat dengan perjanjian bagi pihak Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini.
Jelasnya, peraturan yang dibuat sebagaimana dalam perjanjian juga tidak diikuti selepas Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan tidak lagi menjadi ahli Kabinet.
“Kita juga minta supaya Kerajaan Persetujuan memberitahu berapa simpanan minyak yang ada kerana sehingga sekarang, mereka bertindak mendiamkan diri,” katanya.
No comments:
Post a Comment