
"Bagi tujuan tersebut, Pusat Perubatan Kuantan (KMC) yang baharu akan mula beroperasi awal tahun hadapan.
"Kerja-kerja pembinaan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) baharu pula telah bermula Disember lalu dan dijangka siap 2015,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 TDM, di Primula Beach Hotel, baru-baru ini.
Katanya, kedua-dua hospital tersebut juga akan dilengkapi dengan peralatan, teknologi yang canggih dan moden.
Tambah beliau, Kumpulan TDM juga menaik taraf kemudahan di Hospital Taman Desa Medical Center (TDMC) dan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) dimana akan menjalani kerja-kerja pengubahsuaian dan memiliki bangunan baru
Menurut beliau, bagi mengukuhkan lagi kedudukan pasaran sebagai pembekal perubatan swasta yang unggul di Pantai Timur, TDM turut meninjau pasaran baharu seperti di Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment