Persatuan Bola Tampar Negeri Terengganu (Tava) menyenaraikan 15 orang pemain Sukma untuk mewakili negeri pada Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Terbuka Batam Indonesia dari 16 hingga 20 Mei ini.
Setiausaha Tava Mohd Nasir Yusof berkata langkah menghantar pasukan itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain berkenaan di peringkat antarabangsa.
"Ini merupakan tahun kedua kita diundang untuk menyertai kejohanan itu dan tahun lepas kita berjaya ke peringkat sukur akhir," katanya semalam.
Mohd Nasir berkata sebanyak 30 pasukan termasuk dari Singapura menyertai kejohanan itu.
Beliau berkata tahun ini Tava tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi pada kejohanan itu memandangkan kebanyakan pasukan di kejohanan itu bertaraf bintang.
No comments:
Post a Comment