Saturday, May 4, 2013

Tolak PAS Kerana Gagal Tunai Janji Sejak 23 Tahun Lalu


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), esok kerana pemimpin parti itu banyak menipu rakyat dengan janji yang tidak ditepati sepanjang 23 tahun memerintah negeri itu.

Katanya, pemimpin parti itu hanya pandai melaungkan slogan dan bersyarah tetapi pengisiannya tidak ada untuk memajukan negeri ini sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

"Bo la weh (cukuplah). Ini nak buat lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, buat tabung. Tuan-tuan ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung? Berapa banyak duit boleh masuk.

Kos RM2 bilion, tak mampu puak-puak Pas ini. "Saya bagi jaminan, menang BN lebuh raya kita akan buat. Lebuh raya buat, stadium kita buat, masjid juga kita akan buat.

Kalau nak kata kita ini negara Islam, serambi Mekah, tapi masjid lambang Islam itu mana?" katanya pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di Pasir Puteh kelmarin yang dihadiri 20,000 orang.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Zawawi Othman; calon BN DUN Gaal, Redzuan Stapha; calon BN DUN Selising, Zulkifli Ali dan calon BN DUN Limbongan, Mohd. Rujhan Salleh.

Dalam pada itu, di Tumpat, ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Najib mengumumkan untuk membina Jambatan Palekbang yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1996.

No comments:

Post a Comment