Sunday, May 12, 2013

Ulang tahun ke 67 UMNO Dirai Penuh Kesyukuran


Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan ekoran pilihan raya umum Ahad lepas, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam semalaam.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak.

Majlis bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' itu dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berbaju Melayu biru, diiringi anak beliau Norashman Razak.


Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk anggota UMNO.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' serta nyanyian lagu UMNO 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' disempurnakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya.

No comments:

Post a Comment