Wednesday, June 26, 2013

80 Anggota, Pegawai Bomba Sedia Bantu Padam Kebakaran Di Indonesia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sedia menghantar bantuan bagi memadamkan kebakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan keadaan jerebu di sekitar Asia Tenggara.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata setakat ini, seramai 80 pegawai dan anggota Bomba disenarai bagi misi bantuan itu.

 Beliau berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan ibu pejabat untuk berlepas ke Indonesia.


Bagaimanapun, Rozizah berkata setakat ini, pihaknya tidak pasti berapa lama tempoh bantuan di sana namun pada kebiasaannya, pasukan itu akan dibenar pulang selepas kebakaran berkenaan padam.

Beliau berkata Bomba Terengganu juga sedia menghantar bantuan lain jika diperlukan, bagaimanapun perkara itu bergantung kepada arahan ibu pejabat.

No comments:

Post a Comment