Risda Terengganu menjangka proses tanam semula di negeri ini akan selesai sepenuhnya menjelang Oktober ini.
Pengarah Risda negeri Zakaria Mat Zin berkata setakat ini kira-kira 70 peratus kebun yang dijadual tanam semula sudah berbuat demikian.
"Kita ada 1,150 hektar kebun getah untuk tanam semula tahun ini dan sehingga Mei lepas, 663 hektar atau hampir 60 peratus telah dibayar elaun tanaman semula" katanya di Kuala Terengganu.
Menurut Zakaria ini adalah kali pertama semua kebun yang dijadualkan tanam semula berbuat demikian.
Risda menyediakan RM4.6 juta untuk program tanam semula tahun ini, katanya.
Sementara itu, Zakaria berkata Risda Terengganu sedang menjalankan bancian dalam kalangan pekebun kecil bagi menyusun strategi membantu mereka.
Bancian bermula 17 Jun lepas dan berakhir 21 Julai ini dan kami berharap pekebun kecil akan memberi kerjasama dan maklumat yang betul apabila mereka dikunjungi pembanci ini, katanya.
Menurut Zakaria Risda Terengganu melantik hampir 200 pembanci anak tempatan untuk tujuan berkenaan.
No comments:
Post a Comment