Thursday, June 27, 2013

Anwar Dibidas Anjur Black505 Ketika Jerebu


Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak sensitif dengan masalah kesihatan rakyat apabila menyokong dan menggalakkan penyokong pembangkang menyertai perhimpunan Black 505di Padang Merbok Sabtu lalu.

Malah Ketua Pembangkang itu diibaratkan mengamalkan pendirian berat berat sebelah apabila menyalahkan kerajaan yang kononnya gagal menangani masalah jerebu yang melanda negara sejak minggu lalu.

"Permatang Pauh tidak langsung prihatin kepada masalah jerebu apabila bersetuju dan mengarahkan orang ramai berhimpun di Padang Merbok.

"Nampaknya Permatang Pauh seperti berat sebelah menyalahkan pihak kerajaan, tetapi di pihak Permatang Pauh sendiri melakukan kesalahan kepada rakyat," kata Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Ahli Parlimen baru itu berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar.

Menerusi perbahasannya, Anwar menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menasihatkan Seri Paduka supaya menyentuh mengenai keadaan jerebu yang melanda negara menerusi titah baginda.

Pembangkang pada Sabtu lalu menganjurkan perhimpunan yang dikenali sebagai Black 505 di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di ibu negara dilaporkan tidak sihat.

Lebih membimbangkan apabila terdapat sebahagian peserta perhimpunan itu berkhemah selama dua malam di kawasan berkenaan walaupun tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mengulas lanjut Anwar bagaimanapun mempertahankan penganjuran perhimpunan berkenaan walaupun diadakan di tempat terbuka dalam keadaan berjerebu.

"Perhimpunan itu hanya mengambil masa sehingga mungkin hampir lebih dua jam.

"Rakyat yang faham tentang penipuan (dakwaan penipuan pilihan raya) mahu melahirkan sikap dan pendirian mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment