Thursday, June 27, 2013

Suspek Kes Dera Tiga Beradik Direman Empat Hari

Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak tiga beradik direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rosli Ahmad di mahkamah Kuala Terengganu semalam.

Kedua-dua suspek yang merupakan ibu kandung serta bapa tiri mangsa disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Kejadian dera membabitkan tiga beradik yang masing-masing berusia tujuh, lima dan dua tahun lima bulan itu terbongkar selepas polis menyelamatkan seorang daripada mereka yang dikurung dan dibiar kelaparan di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, kelmarin.

Polis yang melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek serta dua lagi kanak-kanak berjaya mengesan dan menangkap mereka di sebuah rumah awam kos rendah di Gong Badak kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Suspek lelaki yang berusia 25 tahun dan isterinya yang berumur 28 tahun juga didapati positif dadah jenis methampethamine, sementara dua kanak-kanak yang ada bersama pasangan terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketiga-tiga beradik itu kini dirawat di hospital berkenaan.

Sementara itu, polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk anggota keluarga bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak tiga beradik itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata berdasarkan laporan hospital, selain si abang yang berusia tujuh tahun, dua adik lelakinya, yang berusia lima dan dua tahun lima bulan turut didera.

"Polis dimaklumkan penemuan kesan luka lama pada dua adiknya, juga dipercayai akibat didera," katanya semalam.

Kejadian dera membabitkan tiga beradik itu terbongkar selepas polis menyelamatkan seorang daripada mereka yang dikurung dan dibiar kelaparan di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, kelmarin.

Polis yang melancarkan gerakan memburu bapa tiri dan ibu kandung serta dua adik mangsa berjaya mengesan mereka di sebuah rumah awam kos rendah di Gong Badak kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin.

No comments:

Post a Comment