Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namunatas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidakmunasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.
"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tengku Adnan berkata BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah danyakin petisyen yang difailkannya mempunyai asas kukuh serta merit yang wajaruntuk dipertimbangkan.
"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihakpembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isuremeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin benteng kerajaanyang dipimpin BN akan kekal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.
PKR, PAS dan DAP memfailkan 25 petisyen kerusi Parlimen dan 10 petisyenkerusi Dewan Undangan Negeri PRU13 mulai semalam hingga Rabu.
No comments:
Post a Comment