Pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan sebahagian daripada makanan yang dibuang oleh beberapa restoran di George Town semalam. |
Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan.
Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau.
“Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis.
“Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertemakan ‘Fikir, Makan dan Jimat’ di sini semalam.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment