Tuesday, June 18, 2013

Budak 7 Tahun Melecur Disambar Api


Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun melecur 75 peratus akibat disambar api ketika bermain bersama adik dan sepupunya di Kampung Tetambah dekat Manir semalam.

Kejadian pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Asrah Ramali, (gambar) 7, melecur teruk di badan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Difahamkan, ketika sedang bermain, mangsa dikatakan mengambil pelarut cat yang diletakkan di bawah pangkin sebelum sepupunya yang berusia 11 tahun menyimbah cecair itu ke dalam api lalu menyambar mangsa.

Mangsa kemudian selamba berjalan masuk ke dalam kereta dan hanya memaklumkan berasa sakit sebaik tiba di HSNZ.

No comments:

Post a Comment