Wednesday, June 26, 2013

Dr A Rahman Kini Stabil di ICU HSNZ

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Dr A Rahman Mokhtar (gambar) yang dimasukkkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Khamis lalu, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut dimasukkan ke HSNZ selepas mengalami masalah pernafasan.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat negeri, Mahdi Musa yang meluangkan masa masa melawat beliau, kira-kira jam 1 petang semalam.

Menurut Mahdi, Dr A Rahman kini dalam pemantauan rapi pakar dan petugas perubatan ICU HSNZ serta `ditidurkan’ untuk memastikan beliau mendapat rehat secukupnya.

“Pada petang tadi, saya bersama pegawai exco melawat beliau untuk melihat perkembangan semasa Dr Rahman.

Alhamdulillah, beliau yang ditemani isteri dan keluarga terdekat kini stabil.

“Beliau akan terus diberi rawatan sebaik mungkin dengan kepakaran dan peralatan perubatan yang serba lengkap di HSNZ, sehingga beliau benar-benar pulih,” katanya selepas Majlis Taklimat kepada Lembaga pengarah Tesdec, di Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, petang semalam.

No comments:

Post a Comment