Friday, June 14, 2013

Dua Penggiat Seni Hadapi Masalah Kesihatan Akan Diberi Sumbangan

Kerajaan negeri Terengganu akan memberi sumbangan kepada dua penggiat seni di negeri ini yang kini menghadapi masalah kesihatan.

Mazlan Zakaria (kiri) atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da yang bergiat dalam bidang teater dan Hapsah Jusoh (kanan)  yang bergiat dalam bidang nyanyian, masing-masing akan menerima RM10,000 seorang.

"Mereka sekarang mempunyai masalah kesihatan. Jadi mesyuarat exco hari ini bersetuju untuk meluluskan bantuan masing-masing RM10,000 bagi mengenang jasa mereka dan meringankan beban yang ditanggung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kelmarin.

Beliau berkata bantuan itu akan disampaikan dalam masa terdekat setelah segala persiapan dibuat.

Ahmad berkata beliau difahamkan Pak Da menghidap penyakit kencing manis manakala Hapsah pula mengalami penyakit angin ahmar.

No comments:

Post a Comment