Monday, June 24, 2013

Hanya Separuh Pemandu Kereta Sewa Dapat TR1Ma 2.0



Sejak dilancarkan pada 22 April lalu, hanya 495 daripada 905 pemandu kereta sewa di negeri ini yang membuat permohonan dan menerima baucar Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma 2.0).

Ketua Wilayah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur, Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata, data diambil sehingga 6 Jun, menunjukkan hampir separuh pemandu kereta sewa di negeri ini belum membuat permohonan.

“Bantuan TR1Ma ini adalah janji kerajaan membantu pemandu teksi dan kereta sewa, bagi meringankan beban dan seterusnya menjamin keselamatan pemandu serta penumpang gunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“SPAD Wilayah Timur berharap mana-mana pemandu kereta sewa yang belum buat permohonan baucar TR1Ma 2.0, diminta mendapatkan baucar di Wisma SPAD, Kuala Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment