Oleh Piarapakaran S (Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).
Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah.
Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya?
Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri?
Begitu juga, kejadian jerebu ini disebabkan pencemaran oleh industri pertanian.
Menteri alam sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain. Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.
Yang menderita adalah manusia. Kita di Malaysia perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan untuk mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan paru-paru, jantung dan kulit.
Bagaimana pula dengan kerugian pendapatan lain. Siapa yang untung dan siapa pula yang menderita?
Bayangkan jika seluruh tahun depan mempunyai masalah jerebu, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kerajaan Malaysia, perniagaan dan rakyat mesti menuntut semua perbelanjaan tambahan yang ditanggung dalam penjagaan kesihatan, kerugian perniagaan akibat jerebu dan situasi darurat dan kos bahan kimia pembenihan awan. Ini adalah selaras dengan EQA.
Tuntutan kos ini adalah tambahan daripada denda yang pesalah perlu bayar kerana melanggar undang-undang.
Saya juga menggalakkan kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sama untuk membawa pesalah ke mahkamah.
Jika syarikat-syarikat ini dan pemilik mereka tidak mahu menghormati undang-undang dan mahkamah kita, terdapat pelbagai bentuk tekanan yang boleh dikenakan, terutama tekanan ekonomi
Jika produk minyak sawit mereka diharamkan, tidak ada manfaat ekonomi untuk mereka di sini. Ini boleh dilanjutkan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengharamkan produk mereka di pasaran antarabangsa. Kita perlu teguh dan berjuang untuk kedaulatan negara kita sendiri.
Dua ekor harimau dalam jata negara mewakili keberanian dan kekuatan. Kita perlu menegakkannya! Kita tidak harus menjadi hamba ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment