Tuesday, June 25, 2013

Jerebu - Kerajaan Negeri Akan Ikut Arahan Pusat

Keadaan jerebu di Kuala Terengganu petang kelmarin.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan mengikut pemantauan yang selaras dengan kementerian di peringkat pusat dalam menangani masalah jerebu.

Katanya, apa juga arahan dari pihak kerajaan pusat kepada kerajaan negeri berkaitan masalah ini akan kita patuhi dan laksanakan, sama ada membabitkan penutupan premis dan apa jua pengisytiharan berkaitan. 

“Kita akan ikut standard yang ditetapkan serta arahan-arahan berkaitan dengannya dari pihak kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Radio Terengganu (TFM) di RTM Terengganu tengahari kelmarin.



Ahmad Said turut meninjau keadaan jerebu di sekitar bandar Kuala Terengganu dari atas Bukit Pak Apil, bersebelahan bangunan RTM Terengganu.


No comments:

Post a Comment