Sunday, June 16, 2013

Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat Malaysia Berhad Dapat Sambutan Meriah


Sambutan hari kedua Karnival Oh Yeah! anjuran Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) di Kuala Terengganu semalam terus meriah dengan kunjungan ribuan pengunjung sekitar Terengganu.

 Pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan mewarna dan kuiz serta ujibakat pengacara dan pembaca berita di kios stesen televisyen tempatan.

Pengurus BMMB Kawasan Timur, Nik Mohd Hashim Abdul Hamid berkata pihaknya mensasarkan pembukaan 2,000 akaun baharu sepanjang karnival itu.

 "Selepas Kuala Terengganu, karnival akan diteruskan ke Kota Bharu, Kelantan dan beberapa lokasi lain seluruh negara hingga Mac tahun depan selaras hasrat kami untuk mencapai pembukaan akaun baharu bernilai RM1 bilion," katanya.

Tinjauan Bernama ke karnival berkenaan mendapati ia terus meriah dengan kedatangan pengunjung yang mengambil peluang membeli pelbagai barangan di 20 gerai jualan kenderaan dan motosikal, makanan, pakaian, aksesori dan promosi syarikat telekomunikasi tempatan.

Beberapa peniaga yang ditemui Bmengakui karnival itu bagaikan rahmat buat mereka kerana ia platform terbaik untuk mempromosi dan meluaskan perniagaan mereka.
\
Seorang peniaga makanan berasaskan keropok, Sharifah Ibrahim berkata sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan hasil jualan mereka sangat laris sepanjang karnival itu.

 "Terima kasih kepada Bank Muamalat kerana menganjurkan karnival ini dan berharap ia akan diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya yang membuka kedai di Pasar Besar Kedai Payang.

 Bagi peniaga songket, sutera dan batik, Kamarudin A Rahman pula beliau akan tetap setia menjadi pelanggan Bank Muamalat berdasarkan khidmat terbaik agensi bank berkenaan.

 "Jualan pun bagus dan kalau ada lagi penganjuran karnival seperti ini, sudah pasti saya akan sertai," katanya.

No comments:

Post a Comment