
Menurutnya, pemulauan tersebut sebagai "simbolik" bagi menunjukkan bahawa Pakatan serius dalam menyelesaikan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Beliau mengulas keputusan rakan gabungan DAP dan PAS yang menolak gesaan untuk memboikot majlis angkat sumpah atau sesi baru yang bermula pada 24 Jun ini.
Sim juga menggesa pemimpin Pakatan dengan serius membincangkan perkara tersebut sebelum memutuskannya secara konsensus.
Bagaimanapun, tegasnya, tindakan memboikot itu hanya pada majlis angkat sumpah, dan bukannya pada sidang perbahasan.
No comments:
Post a Comment