Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Pas dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.
"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam semalam.
Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.
Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'.
Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman.
No comments:
Post a Comment