Tuesday, June 11, 2013

PDRM Giat Ambil Anggota Baru

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat membuat pengambilan anggota baharu pelbagai pangkat di seluruh negara bagi mengisi perjawatan dalam pasukan beruniform itu.

Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata bagaimanapun pengambilan itu dilakukan secara berperingkat mengikut kekosongan dan keperluan.

Katanya ketika ini PDRM dalam proses pengambilan 4,000 anggota baharu pelbagai pangkat.

"Pengambilan ini kita buat menerusi JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan kita panggil calon yang layak untuk menghadiri temuduga di kontinjen-kontinjen yang berkaitan sebelum ditempatkan di pusat-pusat latihan yang terpilih. "Bagaimanapun pengambilan ini kita buat secara berperingkat-peringkat.

Tetapi, selalunya kita akan ambil semua sekali dan buat pemilihan serta simpanan untuk mereka yang tak terpilih," katanya selepas menghadiri majlis penutup Kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2013 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di Kuala Terengganu semalam.

Menurutnya dengan penambahbaikan dalam skim perkhidmatan yang ditawarkan, ia menarik lebih ramai orang untuk bersama-sama berkhidmat dalam PDRM ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

Beliau berkata pengambilan membabitkan jawatan konstabel daripada kalangan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma bagi Kadet Sarjan dan ijazah untuk Inspektor.

No comments:

Post a Comment